topbella

Monday, 12 March 2012

Sepuluh Cincin Ahli Syurga dan Sepuluh Cincin Ahli Neraka

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisya Binti Abu Bakar r.a,bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Ertinya:
‘’Apabila Allah berkenan memasukkan ahli syurga ke dalam syurga, terlebih dahulu mengutuskan malaikat-malaikat untuk menemui mereka dengan membawa hadiah dan busana dari syurga ,bila nanti mereka akan masuk,maka malaikat berkata kepada mereka:’sesungguhya aku membawakan hadiah tuan dari Allah Tuhan semesta alam’.Dan mereka bertanya balik:Hadiah apa itu?’’
Ertinya:
‘’Malaikat menjawab:’Hadiah itu adalah sepuluh biji cincin.’’

Ertinya:
‘’Pertama,ditulis,’Kesejahteraan (dilimpahkan)atasmu.Berbahagialah kamu,maka masukilah syurga ini untuk selama-selamanya .’’

Ertinya:
‘’Kedua ditulis :’Telah aku hapuskan segala bentuk derita dan kesusahan dari kamu.’’
Ertinya:
“Ketiga,ditulis,’Dan inilah syurga yang Aku anugerahkan kepadamu sebagai imbalan dari jerih payah yang kau kerjakan.’’
Ertinya:
‘’Keempat,ditulis , ‘Aku memakaikan beraneka ragam busana dan perhiasan kepadamu.’’

Ertinya:
‘’Kelima,ditulis,’Dan Aku menjodohkan mereka dengan bidadari cantik,dan di hari inilah Aku menganugerahkan mereka imbalan dari kesabaran mereka,bahawa sesungguhnya mereka memperolehi kebahagiaan.’’

Ertinya:
‘’Keenam,ditulis,’Inilah imbalan untukmu di hari ini dari sebarang ketaatan yang telah engkau lakukan.’’

Ertinya:
‘’Ketujuh,ditulis,’Engkau menjadi pemuda selama-lamanya dan tidak akan menjadi tua.’’

Ertinya:
‘’Kelapan,ditulis,’Engkau menjadi aman selamanya,tak akan merasa ketakutan.’’

Ertinya:
‘’Kesembilan,ditulis,’Engkau bersam-sama para Nabi,orang-orang Siddiqin,orang-orang syahid dan orang-orang soleh.’’

Erti:
‘’Kesepuluh,ditulis,’Engkau bertempat di sisi al-Rahman,Pemangku Arasy Yang Maha Mulia.’’





Ertinya:
‘’Kemudian para malaikat berkata,’Silakan tuan masuk dengan selamat dan sentosa!Kemudian mereka ,para penghuni syurga masuk seraya berkata,’Segala puji bagi Allah yang telah melenyapkan kesusahan dari kami,sesungguhya Tuhan kami Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.’’


Segala puji bagi Allah yang menepati janji-Nya buat kami dan mewariskan bumi syurga untuk kami tinggal di dalamnya di sebelah mana pun yang kami inginkan,maka itulah sebaik ganjaran bagi  orang yang beramal.’’


Ertinya:
‘’Dan apabila Allah berkehendak memasukkan (calon) penghuni neraka ke dalam neraka,maka terlebih dahulu Dia s.w.t. mengutus malaikat kepada mereka dengan membawa sepuluh biji cincin.’’

Ertinya:
‘’Pada cincin pertama,tertulis,’Masuklah ke neraka,di situ engkau tidak akan mati,tidak juga hidup (senang) dan tidak akan keluar.’

Ertinya:
‘’Kedua ditulis,’Bergelimanglah engkau dalam seksaan yang tidak pernah berhenti.’’

Ertinya:
’Ketiga ditulis,’Berputus harapanlah kamu dari rahmat-Nya.’’


Ertinya:
‘’Keempat,ditulis,’Masuklah kamu ke dalam neraka dengan penuh kebingungan dan kesedihan selamanya.’’


Ertinya:
‘’Kelima,ditulis,’Pakaian kamu adalah api,makanan kamu adalah zaqqum,minuman kamu adalah Hamiim (air yang sangat panas),hamparan  kamu adalah api dan tempat berteduh kamu adalah api.’’

Ertinya:
‘’Keenam ditulis,’Ini adalah pembalasan bagi kamu ,pada hari ini,disebabkan maksiat yang kamu lakukan.’’

Ertinya:
‘’Ketujuh,ditulis,’Kemurkaan-Ku atas kamu di dalam neraka selamanya.’’

Ertinya:
‘’Kelapan ,ditulis,’Segala kutukan ke atas kamu disebabkan dosa besar yang kamu lakukan dengan sengaja dan kamu tidak  bertaubat dan tidak menyesalinya.’’

Ertinya:
‘’Kesepuluh,ditulis,’Kamu telah mengikuti syaitan,kamu mengharapkan dunia dan meninggalkan akhirat,maka inilah pembalasan bagi kamu.’’


                  Syurga itu terletak di atas langit ke 7.Hal ini telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bahawa syurga terletak di atas 7 langit,namun masih berada di bawah Arasy.Sebahagian ulama’ mengatakan:Pintu syurga ada 8,masing-masing pintu dapat dilalui sekali barisan yang berjumlah 70.000 orang kenyataannya,syurga itu merupakan bangunan singgahsana yang terdiri kamar-kamar dan lobi-lobi juga berbagai pan0rama,satu sama lain dibuat dari emas,perak,zabarjad,zamruk,mutiara,marjan,kafour,anbar dan ratna mutu manikam lain yang indah-indah dan bernilai tinggi........


1 comments:

Post a Comment

H@J@R

My Photo
LAYYINUL HAJAR
=)
View my complete profile